Kamal Adli minta peminat bersabar.
Pelakon Kamal Adli memberitahu diserang oleh segelintir pengguna laman sosial akibat gosip hubungannya dengan pelakon Emma Maembong.
Kamal, 29, berkata, rata-rata menulis ayat yang tidak sopan dan meminta dia agar tidak menganggu hubungan percintaan pelakon itu dengan pelawak Zizan Razak.
"Sejak gosip itu saya dihentam di laman sosial di instagram terutama peminat daripada kedua-dua artis itu.
"Mereka menulis perkataan yang tidak seduai dan meminta saya menjaukan diri daripada pasangan ini, ada juga yang ingin ingin berjumpa saya untuk berhentam,
"Saya gelak sahaja baca komen-komen mereka dan terfikir bagaimana boleh terlalu obses dengan artis," ujarnya.
Emma Maembong
Kamal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip hubungan rapat dengan aktres Emma Maembong dan membawa pelakon itu bertemu keluarga.
Kamal dalam satu kenyataan kepada Artis Meletop pada Selasa telah menafikan perkara tersebut dan menjelaskan hubungan rapat tidak lebih sebagai seorang rakan sekerja.
Kamal turut meminta agar peminat-peminat kedua-dua belah pihak bertenang dan menunggu jawapan daripada pasangan tersebut tentang cerita sebanar.
Dalam pada itu, ditanya tentang hubungannya dengan Zizan Razak, Kamal berkata, dia tidak menghubungi pelawak itu kerana kedua-dua mereka sudah berpisah.
"Masa gosip saya hantar Emma ke lapangan terbang dulu saya ada hubungi Zizan untuk menjernihkan perkara itu, namun gosip yang bawa dia jumpa keluarga ini saya malas lagi nak layan," ujarnya.
- Kamal Adli Diserang di Instagram Kerana Gosip Cinta Emma Maembong
0 Comment to "Kamal Adli Diserang di Instagram Kerana Gosip Cinta Emma Maembong"
Post a Comment