Monday, 23 March 2015

Muzik Video Amber f(x) Dapat Tontonan Tertinggi Di AS



Muzik video Shake That Brass nyanyian Amber mendapat tontontan tertinggi di Amerika Syarikat.



PENYANYI Kpop Amber daripada kumpulan f(x) mencipta sejarah apabila muzik video terbaharunya berjudul Shake That Brass mendapat tontontan paling tinggi di Amerika Syarikat.



Billboard melaporkan lagu berkenaan turut menduduki tangga pertama carta Muzik Video dan ia petanda baik bagi kemunculan album solo pertamanya berjudul Beautiful.






Lagu berkenaan yang turut menampilkan Taeyon itu telah mendapat lebih enam juta tontonan setakat minggu lalu.



Sementara itu, kumpulan 4Minute berada ditempat kedua carta berkenaan menerusi lagu Crazy diikuti Zion T dan VIXX.



Kiraan itu dibuat berdasarkan tontontan menerusi YouTube dan secara streaming.









- Muzik Video Amber f(x) Dapat Tontonan Tertinggi Di AS

SHARING GOOD

0 Comment to "Muzik Video Amber f(x) Dapat Tontonan Tertinggi Di AS"

Post a Comment