Penyanyi Nurul Wahab memilih Singapura sebagai destinasi kemunculan semulanya sempena sambutan Hari Ibu selepas dua tahun menyepi dari bidang nyanyian.
Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata sebelum ini dilihat kurang menonjol dalam kerjayanya kerana memberi tumpuan kepada suami dan anak-anak.
"Dua tahun berdiam diri bukan bermakna saya melupakan bidang nyanyian tetapi mengambil masa itu untuk membina keluarga serta sibuk menguruskan rumah tangga.
"Selepas melahirkan anak ketiga saya kini sudah bersedia untuk kembali memeriahkan industri muzik tanah air dengan lebih bersemangat lagi," katanya kepada Artis Meletop.
Nurul (kiri) bersama pengacara sambutan Hari Ibu iaitu Dee dan wakil IGNS Holidays iaitu Siti Haida Abdul Majid.
Nurul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media 'Nurul Wahab Deep Rai Hari Ibu di Singapura' di Hotel Putra Kuala Lumpur, di sini, Selasa.
Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Kerana Terluka itu berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zachary Depp, dan Raphael Depp yang masing-masing berusia setahun dan dua bulan.
Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan terdahulu dengan komposer, Ajai.
Dalam pada itu Nurul berkata dia bersemangat untuk membuat persembahan di Singapura kerana ia adalah peluangnya untuk menghiburkan peminat yang menanti kemunculannya selama ini.
"Dua puluh tahun perjalanan karier saya dan kini masa untuk saya memberikan sesuatu yang berharga kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong dan menantikan kemunculan saya.
"Saya memilih Singapura kerana rindu untuk berjumpa peminat setelah hampir tiga tahun tidak membuat persembahan di negara itu" katanya.
Nurul bersama salah seorang anaknya, Zachary Depp.
Dalam perkembangan berkaitan, Nurul berkata, peminat dari Malaysia dan Brunie boleh menyertai sambutan Hari Ibu yang dianjurkan dengan pekej menarik selama tiga hari dua malam.
Ia akan diadakan Royal Plaza On Scotts, Singapura pada 8 hingga 10 Mei depan.
Tiket untuk pakej tersebut berharga RM3,488 termasuk tiket persembahan, tiket penerbangan, makanan serta penginapan.
Tempahan menyaksikan persembahan berkenaan boleh dibuat dengan menghubungi IGNS Holidays di talian 017-2525684.
- Nurul Wahab Muncul Di Singapura Selepas Dua Tahun Hilang
0 Comment to "Nurul Wahab Muncul Di Singapura Selepas Dua Tahun Hilang"
Post a Comment