Berita gembira buat peminat Running Man di Malaysia malah siapa yang berada di Sarawak lagi beruntung. Jika sebelum ini, lima dari mereka pernah berkunjung ke Malaysia menerusi acara ‘Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia’ yang diadakan di ibu negara tahun lalu, kini mereka akan datang ke Sarawak.
Terkini khabarnya kesemua tujuh ahli Running iaitu Yoo Jae-suk, Kang Gary, Lee Kwang-soo, Jin Seok-jin, Song Ji-hyo, Kim Jong-kook dan Haha akan menjalani penggambaran Running Man di Tasik Bakun, Sarawak pada April depan.
Difahamkan, kehadiran mereka adalah untuk menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung pada 9 sehingga 11 April depan. Malah pemilihan Tasik Bakun dibuat kerana ia mempunyai landskap yang cukup menarik dengan pelbagai kemudahan mesra alam.
Selain Running Man, khabarnya majlis kemuncak anugerah itu nanti akan turut dihadiri selebriti popular serata asia dan antarabangsa termasuk Datuk Jackie Chan.
- Running Man Hadiri AIFFA 2015, Tarikh Belum Ditetapkan Lagi
0 Comment to "Running Man Hadiri AIFFA 2015, Tarikh Belum Ditetapkan Lagi"
Post a Comment