Monday, 16 March 2015

Setahun Kahwin, Puteri Sarah Masih Proses Kenali Syamsul Yusof





Puteri Sarah tak sedar setahun usia perkahwinan dengan Syamsul Yusof.



Pelakon Puteri Sarah memberitahu tidak sedar bahawa usia perkahwinannya dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 31, sudah pun memasuki ulang tahun pertama pada 8 Mac lalu.



Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 30, berkata, kedua-dua mereka masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain dan belajar menjalankan tanggungjawab seorang isteri.



"Saya tak rasa seperti sudah setahun usia perkahwinan kami, ia seperti baru semalam sahaja sebab kami masih lagi mengenali satu sama lain.



"Saya juga masih belajar banyak perkara tentang Syamsul dan masih belajar menjalankan tanggungjawab sebagai isteri," ujarnya kepada Artis Meletop.







Puteri Sarah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang usia genap setahun perkahwinan mereka pada 8 Mac 2014.



Sementara itu, Sarah berkata, setahun melayari kehidupan berumah tangga ini banyak mengajarnya tentang perkongsian hidup sebagai suami isteri disamping mengutamakan tanggungjawab sebagai isteri.



"Dalam tempoh setahun ini saya banyak belajar tentang perkongsian hidup bersama pasangan kita, yang mana keutamaan kini diberikan kepada suami.



"Kalau dulu kita hanya fikir fasal kita sahaja, namun sekarang sebelum pergi kerja perlu uruskan hal suami dan balik kerja juga begitu," ujarnya.



Sementara itu, ditanya tentang kerjaya lakonan, katanya, dia sudah tidak berminat untuk berlakon sejak mendirikan rumah tangga.



Kata Sarah, dia kini lebih menumpukan perhatian terhadap bidang pungurusan butik dan janama pakaian muslimah Shara by Puteri Sarah yang diusahakan sejak setahun lalu.



"Sejak pakai tudung saya dah jarang berlakon dan selepas berumah tangga saya memang ingin berhenti terus untuk menumpukan perhatian sebagai isteri sahaja.



"Namun, saya akan bekerja sebagai pengurus di sebuah butik iaitu Rumoda di Bangsar. Bekerja di butik lebih banyak masa untuk bersama keluarga dan suami," ujarnya.





- Setahun Kahwin, Puteri Sarah Masih Proses Kenali Syamsul Yusof

SHARING GOOD

0 Comment to "Setahun Kahwin, Puteri Sarah Masih Proses Kenali Syamsul Yusof"

Post a Comment