Untungla Shila Amzah yang sering berulang-alik Malaysia dan China. Al-maklumlah, peminat penyanyi comel ini semakin betambah di negara itu.
Bagaimanapun, dalam kesibukan menguruskan kerjayanya di sana, Shila sempat juga mengadakan photoshoot dengan sebuah majalah berkonsepkan perkahwinan.
Apa yang menarik perhatian kami apabila Shila bersetuju dengan pendapat bahawa dia lebih banyak meluangkan masa di China berbanding di Malaysia.
Malaysia Masih Nombor Satu!
Soalan: Ada yang mengatakan Malaysia sudah menjadi rumah kedua Shila. Apa pendapat Shila mengenai kenyataan itu?
Jawapan: Shila bersetuju dengan pendapat itu kerana sejujurnya Shila lebih banyak masa di China berbanding di Malaysia.
Namun walau apapun Shila masih meletakkan Malaysia iaitu negara kelahiran Shila sebagai nombor satu di hati Shila. Shila amat berbangga apabila dikenali sebagai artis daripada Malaysia sewaktu beraksi di China
-Inspirasi Perkahwinan, Edisi April 2015
Tak kisahlah rumah pertama ke, rumah kedua ke, yang penting kami nampak secara tidak langsung Shila boleh menjadi pengantara antara dua negara ini kan?
Malah, nama Malaysia semakin dikenali di sana dek kerana bakat anak kesayangan ND Lala ini.
Shila Sedang Siapkan Album Mandarin Pertama
Dalam pada itu, Shila turut memberitahu bahawa dia kini sedang sibuk menyiapkan album Mandarin pertama di samping menerima banyak jemputan untuk membuat persembahan di China.
Katanya, sambutan memang awesome. Jadi desas-desus yang mengatakan Shila disenarai hitam di China tu adalah sekadar gosip sahaja ya!
Ha..nak tahu banyak lagi kisah terbaru mengenai Shila? Kenalah beli majalah tersebut sendiri ya!
- Shila Amzah Akui Malaysia Sebagai Rumah Kedua
0 Comment to "Shila Amzah Akui Malaysia Sebagai Rumah Kedua"
Post a Comment