JIKA diselak kembali perjalanan kariernya dalam industri hiburan, bidang nyanyian bukanlah cabang baharu buat pelakon Erry Putra.
Walaupun kemunculannya menyertai beberapa kumpulan seperti Boyz R Us dan Too Close tidak begitu menyebelahi nasibnya, itu bukan alasan pelakon ini untuk terus mencuba.
Tahun lalu, dia tampil dengan single Macam Cantik Macam Comel yang turut menyelitkan kolaborasi bersama gadis Youtube, Syasya Solero yang sebelum ini popular dengan tagline yang sama dengan judul lagu tersebut.
Langkahnya tidak terhenti di situ apabila tahun ini dia kembali dengan lagu terbaharu berjudul Whatsapp berkolaborasi bersama Meerlyn bakat baharu di bawah naungan syarikat pengurusan miliknya.
“Lagu ini saya cipta sendiri dari segi lirik dan juga susunan muziknya. Saya memilih Meerlyn kerana mahu memperkenalkan namanya memandangkan dia masih baharu.
“Whatsapp adalah sebuah lagu catchy di mana muziknya tidak lari jauh dengan single yang pernah saya keluarkan tahun lalu.
“Cuma dari segi liriknya pula, ia lebih menceritakan tentang luahan rasa seorang perempuan terhadap teman lelaki menerusi Whatsapp,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan karier muziknya, Erry menyampaikan hasratnya untuk lebih aktif dalam bidang itu.
“Memang orang mengenali saya dalam bidang lakonan, tapi sebenarnya saya sudah cuba nasib dalam nyanyian sudah lama.
“Saya tidak nafikan karier nyanyian tidak begitu menonjol mungkin kerana konsep yang saya bawa ini terlalu ringkas.
“Tapi itu belum mematahkan semangat saya untuk terus cuba perbaiki lagu kekurangan yang ada sehinggalah nyanyian dan muzik yang benar-benar diterima,” katanya yang masih memberi fokus utama terhadap lakonannya.
- Taruhan baharu Erry Putra
0 Comment to "Taruhan baharu Erry Putra"
Post a Comment