Wednesday, 11 March 2015

Zed Zaidi Nasihat Diana Danielle Jangan Bodohkan Diri





Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi hari ini memberi kenyataan dan juga nasihat kepada artis-artis tanah air agar tidak memperbodohkan diri sendiri dan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan kerana secara tidak langsung ia boleh memberi implikasi buruk terhadap industri seni dan hiburan tanah air.



Menurut Zed, setiap artis harus berhati-hati menerima satu-satu tawaran mahupun sesi fotografi agar tidak dipergunakan mana-mana pihak. Sekiranya, satu-satu tawaran itu dirasakan akan memberi implikasi negatif, artis berkenaan boleh merujuk kepada pihak persatuan.







“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalatkan oleh mana-mana pihak. Apa saja ‘job’ yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati. Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu misalnya, kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis itu harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?”



“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu apa agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan itu. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk pada persatuan sama ada wajar atau tidak mereka menerima ‘job’ tersebut”



“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai”



“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatah lagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi yang tidak baik pada industri seni,” katanya mengulas mengenai aksi berani pelakon Diana Danielle yang mencetuskan kontroversi.



Selain itu dalam masa yang sama, Zed juga menyokong tindakan Diana yang mengambil tindakan untuk berdiam diri kerana bimbang kenyataan pelakon tersebut akan dimanipulasi pihak tertentu jika dia membuka mulut pada situasi sekarang.



“Saya juga berharap yang kontroversi itu menjadi pengajaran dan contoh kepada artis lain dan janganlah perkara sebegini berulang,” nasihatnya.





- Zed Zaidi Nasihat Diana Danielle Jangan Bodohkan Diri

SHARING GOOD

0 Comment to "Zed Zaidi Nasihat Diana Danielle Jangan Bodohkan Diri"

Post a Comment