Thursday 9 April 2015

Norman Hakim, Isteri Selamat Timang Anak Lelaki Kedua





Tahniah kami ucapkan kepada Norman Hakim dan juga isteri, Memey Suhaiza yang sudah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata lelaki kedua mereka seberat 3.45 kilogram, semalam (8 April) pada pukul 9.57 malam.










Berita gembira tersebut dikongsikan bersama oleh Norman Hakim melalui akaun Instagram miliknya dan mendapat reaksi positif daripada peminat dengan kelahiran cahaya mata kedua pasangan ini. Norman dan Memey juga dikurniakan anak lelaki sebelum ini yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.



Sebelum ini, Memey pernah memberitahu bahawa dia sudah pun menyediakan nama untuk anak kedua mereka ketika kandungan masih berusia 4 bulan lagi. Seronoklah Norman selepas ini kerana nanti ada dua orang jejaka boleh teman pergi gym selalu.






- Norman Hakim, Isteri Selamat Timang Anak Lelaki Kedua

SHARING GOOD

0 Comment to "Norman Hakim, Isteri Selamat Timang Anak Lelaki Kedua"

Post a Comment