Thursday 9 April 2015

Ozlynn Wati: Cium Bibir? Kenapa Tak Tegur Artis Lain Bergaul Bebas



Ozlynn mempertahankan tindakan Johan mencium bibirnya.



Pelakon Ozlyn Wati memilih untuk berdiri di belakang suaminya iaitu Johan (Raja Lawak) apabila mempertahankan tindakan pelawak itu yang mencium bibirnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.



Ozlyn berkata, bercium telah menjadi amalan mereka di rumah dalam menyatakan rasa cinta terhadap satu sama lain dan ia mengeratkan hubungan mereka sebagai suami-isteri.






"Bukan saya sahaja yang dia cium di bibir malah empat anak-anak kami dia buat begitu dalam menyatakan rasa kasihnya pada kami.



"Mungkin pada orang lain aksi spontan Johan itu keterlaluan tetapi bagi kami ia biasa sahaja kerana memang itu amalannya," katanya kepada Artis Meletop.



Dalam pada itu, Ozlyn berkata, dia berasa pelik mengapa tindakan Johan dipertikaikan sedangkan mereka adalah suami-isteri yang sah dan ia diketahui oleh semua orang.










- Ozlynn Wati: Cium Bibir? Kenapa Tak Tegur Artis Lain Bergaul Bebas

SHARING GOOD

0 Comment to "Ozlynn Wati: Cium Bibir? Kenapa Tak Tegur Artis Lain Bergaul Bebas"

Post a Comment