Friday, 3 July 2015

Mia Ahmad Biar Ibu Tentukan Ciri Teman Lelaki



Jika sebelum ini nama Mia Ahmad sering dikaitkan dengan hero drama Hati Perempuan, iaitu Shahrul Ridzwan, kini Mia mengakui dia menyerahkan kepada ibunya untuk menentukan ciri teman lelaki pilihan.

“Memang ada yang datang dan nak berkenalan rapat. Sebenarnya, saya tak kisah berkawan dengan sesiapa cuma saya tak suka kalau ada yang mahu jadi ‘matchmaker’. Tapi, kalau saya nak ada kekasih nanti, saya kena tunggu ibu saya ‘approve’ dulu”

“Kalau dia okay dengan pilihan saya, okaylah,” katanya sambil menyatakan bahawa sejak semakin dikenali ramai dia juga sering didatangi jejaka yang ingin mengenali dirinya dengan lebih rapat.


Bagaimanapun, menurut Mia, dia sudah dapat menjangka kehidupan privasinya akan sering menjadi tumpuan umum setelah bergelar pelakon selain perlu bijak mengawal keadaan dan tidak mudah melatah apabila terpalit dengan kontroversi.

“Saya sudah bersedia. Sebagai artis kita kena terima apabila ramai pihak yang ingin tahu bukan setakat perkembangan kerjaya malah, sehingga hal peribadi. Cuma, saya tidak menjangka saya terpalit dengan beberapa isu dan cerita kurang enak seperti yang terbaharu kononnya saya ditangkap khalwat”

“Saya sedih apabila perkara seperti itu berlaku terhadap diri saya. Tak sangka sampai ada pihak yang sanggup memfitnah dan mahu menjatuhkan saya tetapi mujur keluarga banyak memberi sokongan untuk saya menempuh semua ini,” jelasnya.

- Mia Ahmad Biar Ibu Tentukan Ciri Teman Lelaki

SHARING GOOD

0 Comment to "Mia Ahmad Biar Ibu Tentukan Ciri Teman Lelaki"

Post a Comment