Thursday 6 August 2015

Kim Kyung-Mi Vokalis Broken Valentine mati lemas


KIM KYUNG-MI

BARU-BARU ini, peminat dikejutkan dengan berita kematian vokalis band rock terkenal, Broken Valentine iaitu Van atau nama sebenarnya, Kim Kyung-mi, 33, awal minggu ini.

Berita mengejutkan dan sedih itu disampaikan oleh kumpulan berkenaan melalui laman rasmi mereka SNS yang berbunyi: “Dengan dukacita kami memberitahu bahawa setelah 13 tahun bersama Broken Valentine, Van telah meninggalkan kita semua kerana mati lemas.”

Menurut agensi kumpulan tersebut, ketika kemalangan berlaku, mendiang Van sedang berseronok dengan rakan-rakannya melakukan aktiviti menyelam sebelum didapati mati lemas.


Ramai peminat memberikan ucapan takziah kepada keluarga, ahli kumpulan tersebut serta rakan-rakannya melalui laman web rasmi kumpulan itu.

Upacara pengebumian telah dijalankan di Funeral Hall Room 2 di Hospital Dongsuwon, Korea Selatan semalam.

Broken Valentine melahirkan single pertama mereka berjudul Alien pada tahun 2005. Pada 2009, band tersebut memenangi Komposisi Lagu Terbaik dalam Asian Beat Grand Final ke-11.

- Kim Kyung-Mi Vokalis Broken Valentine mati lemas

SHARING GOOD

0 Comment to "Kim Kyung-Mi Vokalis Broken Valentine mati lemas"

Post a Comment