Friday, 28 August 2015

Nad Zainal Ulang Ziarah Anak Yatim Tiada Kaitan Video Kurang Sopan


Asyraf dan Nad Zainal

Isu penyebaran video Nad Zainal yang dilihat berkelakuan tidak sopan ketika berada di sebuah rumah anak yatim baru-baru ini tidak perlu diperbesarkan selepas aktres itu mengotakan janjinya mengunjungi semula rumah kebajikan berkenaan pada Rabu.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, berkata, kunjungan itu bukan untuk menyelesaikan isu berkenaan sebaliknya memenuhi niatnya sebelum ini yang ingin berjumpa semula kanak-kanak di pusat jagaan itu selepas kunjungan pertamanya pada Ramadan lalu.

"Saya telah ke sana semula atas janji yang telah dibuat ketika lawatan sebelum ini. Tiada kena mengena dengan isu yang timbul.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Rasanya, tiada masalah yang berlaku antara saya dan pihak rumah anak yatim terbabit," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Ahad lalu, bekas pengurus Nad iaitu Alog Zuren menerusi akaun Facebook miliknya memuat naik video menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan tanpa mempedulikan anak-anak yatim yang membuat persembahan dalam sebuah majlis berlangsung di sebuah rumah anak yatim pada Julai lalu.




Nad melawat semula rumah anak yatim berkenaan kerana telah berjanji dengan mereka sebelum ini.

Alog bertindak demikian gara-gara bengang dengan Nad membuat kenyataan dalam program hiburan Melodi (TV3) kononnya dia telah melarikan sejumlah wang selain menjadi dalang pembubaran kelab peminat pelakon itu.

Bagaimanapun, pada petang Rabu, Nad bersama syarikat pengurusannya, A Klasse Management telah ke pusat penjagaan tersebut bagi menziarahi semula dan meluangkan masa bersama kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, ketua pegawai Eksekutif A Klasse, Asyraff Khalid berkata, sebagai sebuah syarikat pengurusan, dia mahu menjernihkan kontroversi tersebut secara tidak langsung walaupun tujuan asal Nad ke rumah anak yatim berkenaan bukan kerana isu tersebut.

"Niat kami ikhlas nak jumpa mereka. Sejurus selesai menziarai mereka, Nad bercakap dengan saya, 'Asyraf, Nad tak kisah apa orang nak tulis, tapi, hari ini Nad happy sangat'.

"Bagi saya, itu lebih bermakna. Kami dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak tersebut.

"Bila saya nampak api, saya cuba jadi air, supaya api tak merebak dan bakar segalanya. InsyaAllah, kita sentiasa memperbaiki diri," ujarnya kepada mStar Online.



- Nad Zainal Ulang Ziarah Anak Yatim Tiada Kaitan Video Kurang Sopan

SHARING GOOD

0 Comment to "Nad Zainal Ulang Ziarah Anak Yatim Tiada Kaitan Video Kurang Sopan"

Post a Comment