Monday 21 September 2015

Kontroversi AF 2015, Che Ta Bawa Diri Ke Sydney



Gara-gara diherdik oleh pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015, Edry KRU baru-baru ini, nampaknya Che Ta kini berlepas ke Australia selama seminggu untuk bercuti bersama keluarga.

Bagaimanapun menurut pelakon ini, percutiannya kali ini sebenarnya sudah lama dirancang dan tidak berkaitan dengan isu makan hati atau pun tertekan dengan insiden yang berlaku di AF sehingga menyebabkan dia membawa diri ke luar negara.


“Saya tidak tertekan kerana kontroversi penarikan diri sebagai juri program AF. Sebaliknya percutian itu telah dirancang sebelum kontroversi berlaku. Tiket penerbangan juga telah ditempah pada tiga minggu yang lalu,” jelasnya kepada Kosmo!

Tindakan Che Ta menarik diri daripada AF membuatkan kerusi juri yang pernah disandang Che Ta dibiarkan terus tanpa pengganti. Apa pun, semoga Che Ta sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang dari Sydney nanti.

- Kontroversi AF 2015, Che Ta Bawa Diri Ke Sydney

SHARING GOOD

0 Comment to "Kontroversi AF 2015, Che Ta Bawa Diri Ke Sydney"

Post a Comment