Wednesday 18 November 2015

Putri Mardiana Dan Pasangan Mengaku Salah Khalwat



Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu.


Turut didenda ialah pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, selepas mengaku salah atas tuduhan sama. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda.

Pasangan itu membayar denda berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014.

- Putri Mardiana Dan Pasangan Mengaku Salah Khalwat

SHARING GOOD

0 Comment to "Putri Mardiana Dan Pasangan Mengaku Salah Khalwat"

Post a Comment