Sunday, 13 December 2015

Anzalna & Mohamad Hanif Nikah 21 Febuari 2016


Anzalna dan kekasihnya Hanif bakal disatukan 21 Februari 2016

Selepas menyulam percintaan selama lima tahun, pelakon Anzalna Nasir akhirnya bakal disatukan dengan teman lelakinya, Mohamad Hanif Zaki pada 21 Febuari depan.

Anzalna, 27, berkata, mereka sepakat untuk mengadakan upacara pernikahan di Masjid Negara manakala majlis persandingan pula akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Febuari.


"Alhamdulillah dengan persetujuan dan kesepakatan keluarga Insya-Allah kami akan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Febuari depan.

"Sebelum ini bukan tidak mahu beritahu tetapi kerana masih belum tarikh untuk diumumkan kepada peminat," katanya ketika ditemui media di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, Ahad.

Anzalna dan Mohamad Hanif, 27, membuat pengumuman itu ketika muncul dalam program hiburan Melodi.

TV3 turut bertindak sebagai penyiar rasmi perkahwinan pasangan tersebut menersi liputan eksklusif menerusi beberapa program seperti Mahligai Cinta, Nona, Wanita Hari Ini dan Melodi.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, untuk perkahwinan itu nanti mereka memilih konsep perkahwinan tradisional dengan sentuhan moden.

- Anzalna & Mohamad Hanif Nikah 21 Febuari 2016

SHARING GOOD

0 Comment to "Anzalna & Mohamad Hanif Nikah 21 Febuari 2016"

Post a Comment