SUAMI kepada model terkenal, Zahnita Wilson bertegas akan mempertahankan rumahtangganya yang berusia 11 tahun.
Abdul Zackery Ghouse Ab Ghapor berkata, beliau telah mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelamatkan perkahwinannya.
"Saya sudah beberapa kali berjumpa dengan kaunselor," katanya pada sebutan kali pertama kes cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebentar tadi.
Justeru, Abdul Zackery,38, berkata, beliau tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang difailkan isterinya.
Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 31, memfailkan permohonan penceraian 31 Disember lalu di sini.
0 Comment to "Suami Zahnita pertahan rumahtangga"
Post a Comment