Pelawak Atu dari kumpulan Zero atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Bin Doli Sharif kini telah sah bergelar suami isteri bersama Shafeeqa Johari, dalam satu majlis yang akan diadakan di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.
“Alhamdulillah, kami berkenalan hampir setahun dan keluarga saya datang merisik pada Hari Raya tahun lalu. Kami bersetuju memilih tarikh 8 Februari kerana cuti Hari Raya Cina. Lagipun keluarga serta kawan-kawan boleh datang”
“Majlis di kampung saya di Sabah mungkin akan dibuat selepas rumah kami siap sepenuhnya nanti,” ujarnya kepada mStar Online sebelum ini.
Semoga ikatan perkahwinan pasangan ini kekal hingga ke Jannah. Kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.
0 Comment to "Atu Zero Dan Isteri Selamat Diijabkabul"
Post a Comment