Monday 1 February 2016

Iqram Dinzly Saya kasihankan Uqasha


Iqram Dinzly

SEJAK Ogos tahun lalu, khabar mengenai percintaan antara aktor Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose sudah hangat diperkatakan.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon ini menafikan berita itu dan menyifatkan perhubungan terjalin tidak lebih daripada kawan baik.

Belum pun reda kisah percintaan mereka diperkatakan, sebuah akhbar mingguan telah menyiarkan dua keping gambar percutian mesra Iqram dan Uqasha yang turut disertai oleh keluarga Uqasha termasuk dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose di Pulau Koh Lipe, Thailand, sempena sambutan tahun baharu lalu.

Tidak hanya bergambar mesra, gadis berusia 25 tahun ini turut mendapat cemuhan daripada pembaca kerana tidak bertudung.

Bagaimanapun sehingga kini, Uqasha gagal dihubungi untuk mengulas mengenai perkara berkenaan.

Namun Iqram, 33, yang dihubungi Zass menyifatkan segala yang berlaku memberi pengajaran buatnya.




“Kalau boleh saya tak mahu komen panjang mengenai gambar tersebut apatah lagi ia diambil pada sambutan tahun baru yang lalu.

“Tapi saya bersyukur dengan apa yang berlaku kerana ia memberi pengajaran kepada saya.

“Tak sangka, bila sekali kita buat salah, orang lupakan sembilan kebaikan yang kita buat.

“Samalah juga dengan kes gambar saya yang tersebar di London sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Iqram, dia bagaimanapun merasa simpati dengan Uqasha kerana terpaksa berdepan dengan cemuhan masyarakat.

“Saya tak nafikan kesilapan yang dilakukan. Tetapi itu adalah gambar peribadi dan sepatutnya menjadi simpanan peribadi.

“Tapi tak sangka ada yang sabotaj dengan berkongsi gambar tersebut.

“Malah ada yang kata, saya yang sengaja sebarkan gambar itu. Tapi bila difikir secara logik, buat apa saya nak memalukan Uqasha?

“Cuma yang saya minta, orang tidak cepat menjatuhkan hukuman dan membuat penilaian sendiri hanya kerana gambar sahaja.

“Saya juga minta maaf sekiranya gambar tersebut membuatkan ada pihak yang tidak selesa dan sesiapa yang merasakan dapat dosa kerana melihat gambar tersebut,” jelasnya.

Selesa berkawan

Ditanya status sebenar perhubungannya dengan Uqasha, Iqram berkata: “Terus-terang setelah apa yang berlaku, saya masih selesa mengatakan kami berkawan.

“Bukan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku, tetapi saya takut akan ada salah faham, yang akan memanjangkan lagi perkara ini.

“Bukan juga kerana sengaja main tarik tali, sebab kalau saya cakap, salah, tak cakap pun salah.

“Jadi seeloknya tak perlulah saya kongsikan hal peribadi,” ujarnya.

- Iqram Dinzly Saya kasihankan Uqasha

SHARING GOOD

0 Comment to "Iqram Dinzly Saya kasihankan Uqasha"

Post a Comment