Thursday, 4 February 2016

Kursus kahwin jadi viral Nas-T percepat tarikh nikah


GARA-gara kursus perkahwinannya menjadi viral di laman sosial, pelakon dan pengacara, Nas-T mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh perkahwinannya.

Tidak disangka, tindakan itu ternyata mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapa masing-masing.

Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Atita Haris yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak, pada 29 Januari lalu.

Pasangan sejoli itu sah dinikahkan tepat jam 10.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 19, Subang Jaya.


Sebelum ini, pasangan sama cantik sama padan itu bagaimanapun pernah memaklumkan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 4 Mac depan.

"Sebenarnya, kami tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan ini.

"Tapi, apabila berita kami menghadiri kursus kahwin sudah tersebar, ibu bapa kami meminta agar tarikh perkahwinan dipercepatkan. Maklumlah, masing-masing sedang berdarah manis.

"Majlis itu hanya dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja," katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Pun begitu, Nas-T dan Atita tetap memilih tarikh 4 Mac sebagai majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel One City, Subang Jaya.

- Kursus kahwin jadi viral Nas-T percepat tarikh nikah

SHARING GOOD

0 Comment to "Kursus kahwin jadi viral Nas-T percepat tarikh nikah"

Post a Comment