Thursday 4 February 2016

Lagu selamat tinggal Lee Seung-gi


Bintang terkenal, Lee Seung-gi mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada peminatnya sebelum menjalani latihan ketenteraan yang wajib buat lelaki di Korea Selatan bermula 1 Februari lalu.

Meskipun tidak menghebahkan beritanya menjalani latihan ketenteraan, Seung-gi tidak lupa menyampaikan pesan terakhirnya kepada peminat.

Menerusi syarikat pengurusannya, bekas kekasih Yoona Girl’s Generation itu berharap peminat dapat menunggu kemunculan semulanya dalam bidang seni dengan penuh sabar.


“Saya sangat berterima kasih dengan kasih sayang yang diberikan oleh peminat. Saya akan kembali sebagai lelaki sejati. Sebenarnya sebelum ini saya telah mengambil masa untuk mempersiapkan mental bagi menjalani latihan ketenteraan. Saya minta maaf kerana tidak dapat mengucapkan selamat tinggal secara langsung. Hanya sebuah lagu yang dapat ditinggalkan buat anda semua,” kata Seung-gi.

Nampaknya, Seung-gi benar-benar mempersiapkan diri untuk menjalani latihan ketenteraan berkenaan. Selain mempersiapkan mental dan fizikal, Seung-gi turut sempat merakamkan lagu berjudul I’m Going To Military khas buat peminat serta orang terdekat dengan dirinya.

Pelakon drama My Girlfriend Isc Gumiho itu dijangka menamatkan latihan ketenteraan pada 31 Oktober 2017.

- Lagu selamat tinggal Lee Seung-gi

SHARING GOOD

0 Comment to "Lagu selamat tinggal Lee Seung-gi"

Post a Comment