Seorang remaja yang berusia 18 tahun terpaksa merakamkan sendiri aksi bapanya merogolnya dengan menggunakan telefon bimbit selepas ibu dan kakaknya tidak percaya bahawa lelaki berkenaan sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya.
Serita Devi, yang berasal diri Uttar Pradesh INDIA, Terpaksa berbuat demikian kerana tidak tahan lagi menjadi pemuas nafsu bapanya sejak empat tahun lalu.
Saya tidak ada bukti jadi saya kumpul sendiri bukti kali ini untuk menentang bapa saya, saya malu kerana mempunyai bapa sepertinya.
Saya tidak mahu dia digantung tetapi saya mahu dia dipukul hingga mati oleh orang ramai dan dengan cara itu barulah dia tahu bagaimana rasanya hidup terseksa, katanya
menurut Sarita pada hari kejadian, dia telah meletakan telefon bimbit di tepi tingkap dan dihalakan ke dalam rumah.
Bapanya akan merogol Sarita apabila tiada orang di dalam rumah itu, lelaki berusia 53 tahun itu bagaimanapun telah ditangkap.
Dalam pada itu, ibunya berkata dia terkejut apabila melihat video berkenaan Kerana tidak menyangka suaminya mempunyai kelakuan yang amat buruk.
Saya menyesal kerana tidak percaya cakap anaknya tetapi kini anak saya mendapat sokongan penuh daripada saya, katanya.
Credit: Source - VIDEO: Anak Rakam Sendiri Aksi Dia Dirogol Bapanya Untuk Yakinkan Ibu Dan Kakak.
0 Comment to "VIDEO: Anak Rakam Sendiri Aksi Dia Dirogol Bapanya Untuk Yakinkan Ibu Dan Kakak"
Post a Comment