Sunday 8 March 2015

Ramona Zamzam selesa tidak dikenali





Umpama ayam ditambat disambar helang, padi di tangan menjadi lalang. Itulah nasib yang menimpa pelakon Ramona Zamzam. Lakonan yang dibawa barangkali tidak meninggalkan impak terhadap kehidupan pelakon berusia 25 tahun itu, sebaliknya kisah sensasi sahaja yang sering menghimpit dirinya.



Dituduh menjadi punca perpisahan pelakon Dazrin dengan tunangnya, Amyra Rosly. Tidak surut dengan itu, pelakon drama Cinta Jangan Pergi itu dikatakan mengganggu hubungan Amar Baharin dengan Izreen Azminda pula.



Bagi Ramona, dia sudah terbawa watak yang besar untuk permulaan perjalanan kehidupan seninya. Dia mesra sewaktu sesi temu bual bersama Sensasi Bintang berlangsung. Itu sebenar sifatnya. Mudah mesra, bahkan dia bercakap umpama berlari laju. Dia menjadi diri sebenar. Bukan seorang gadis seksi yang cuba menggoda teman lelaki orang lain.







“Saya kasihan pada diri sendiri sebab selalu menjadi mangsa. Saya tidak mahu ambil peduli semua perkara itu. Apa yang penting, kontroversi yang membelenggu bukanlah sesuatu yang besar.



“Saya tiada isu memakai bikini atau ditangkap khalwat. Artis lain lagi banyak kontroversi. Jadi, saya tidak takut dihimpit kontroversi menjadi orang ketiga. Bagaimanapun, saya bukanlah orang ketiga dalam hubungan mereka.



“Secara tidak sengaja, orang melibatkan saya dalam hubungan-hubungan tersebut. Saya sebenarnya seorang yang sangat berterus-terang. Kalau tidak ada apa-apa, saya tidak takut memuat naik gambar dengan mana-mana lelaki. Bukan gambar berpeluk pun,” kata Ramona yang mengakui bukan sengaja meraih publisiti dengan mencipta kontroversi.



Sampai satu tahap, pelakon cantik itu tidak mahu mendengar atau membaca perkara-perkara negatif mengenai dirinya.



Cukup sekadar dia tahu dirinya berada di tempat yang benar. Bagaimanapun, apa yang dia kecewa, orang tetap bercakap dan menuduh dia sengaja mengganggu hubungan pasangan lain.



Ramona juga tidak kisah andai orang ramai mempertikaikan kehadirannya dalam dunia seni. Siapakah Ramona? Apakah drama-drama lakonannya?



Ironinya, dia merupakan bekas pemenang tempat keempat pertandingan Dewi Remaja 2009/2010, seangkatan dengan pelakon Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna.



Ramona juga pernah berlakon dalam filem Castello ketika usianya 14 tahun, namun atas faktor pembelajaran dia terpaksa berehat seketika dalam dunia lakonan sebelum menyambung semula ketika usianya 17 tahun.





- Ramona Zamzam selesa tidak dikenali

SHARING GOOD

0 Comment to "Ramona Zamzam selesa tidak dikenali"

Post a Comment