BILA sebut sahaja nama aktres Fasha Sandha, pasti ramai yang mengagumi sifat ketegasan dan ketepatan masa dalam kerjayanya.
Namun siapa sangka, bintang ‘Selamat Pengantin Madu’ itu telah dipilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap menerusi sebuah program lawak terbaharu Astro ‘Projek Komedi Lawak’.
Menurut Fasha, tawaran yang diberikan pihak Astro diterima dengan tangan terbuka dan menanggap ia sebagai platform terbaik untuk dirinya.
“Ini merupakan penjurian saya yang kedua selepas program Projek Metro dan sudah pasti saya anggap ini sebagai peluang yang baik untuk berkongsi pendapat.
“Walaupun seorang yang tegas dan tidak mudah gelak, sebenarnya saya juga penggemar rancangan lawak terutamanya Maharaja Lawak.
“Bila menonton program seperti itu banyak juga yang saya belajar kerana sebagai penghibur bukan mudah untuk membuat orang ketawa atau menangis,” katanya ketika ditemui pada majlis siding media Projek Komedi Warna di Restoran Fish & Co, Pavillion, kelmarin.
Bagaimanapun, Fasha akui akan tetap menjadi diri sendiri dalam menggalas tanggungjawab sebagai juri dalam program itu.
“Sebagai seorang juri, saya akan menjadi diri sendiri untuk mengulas atau memberi komen terhadap persembahan setiap peserta.
“Memang saya akui agak risau kerana ini kali pertama saya terlibat dengan program lawak yang jauh beza dengan bidang yang saya bawa sebelum ini.
“Tapi bila dapat tahu Datuk Yusof Haslam yang kita lihat sebagai seorang yang garang itu juga terlibat sebagai juri dalam program ini, saya yakin mampu untuk lakukannya,” jelasnya sambil tertawa kecil.
Selain Fasha dan Yusuf Haslam, pengarah dan penerbit, Ahmad Idham turut dipilih sebagai juri tetap dalam program tersebut.
Projek Komedi Warna bakal bersiaran bermula 17 April ini pada setiap Jumaat jam 10.00 malam di siaran Astro Warna (Saluran 132).
- Fasha Sandha juri tetap program lawak
0 Comment to "Fasha Sandha juri tetap program lawak"
Post a Comment