Monday 8 June 2015

Anak Tom Hanks Diburu Polis


Tom Hanks (kanan) bersama anaknya, Chester.

ANAK pelawak Tom Hanks, Chester Hanks diburu polis British kerana membuat kekecohan dan merosakkan bilik hotel pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Mirror, tindakan yang dilakukan Chester menyebabkan hotel tersebut menanggung kerugian sebanyak £1,200 (RM6,894).


Kejadian tersebut berlaku selepas Chester pulang dari kelab malam dan membawa tiga orang gadis bersamanya.

Kakitangan hotel yang tekejut dengan keadaan bilik yang musnah teruk itu membuat aduan polis serta merta.

Pihak polis memaklumkan Chester berkemungkinan mempunyai masalah ketagihan dadah dan dia kini masih lagi diburu.

- Anak Tom Hanks Diburu Polis

SHARING GOOD

0 Comment to "Anak Tom Hanks Diburu Polis"

Post a Comment