Monday 8 June 2015

Pereka Fesyen Puji Sikap Adibah Noor Tak Cerewet Rekaan Baju



Pereka fesyen Ezuwan Ismail berkata dalam ramai artis yang bekerjasama dengannya, penyanyi Adibah Noor antara selebriti paling mudah berurusan dan tidak cerewet.

Ezuwan berkata, Adibah juga antara artis yang sering memberi kepercayaan penuh untuk dia menghasilkan apa jua rekaan dan tidak menyekat kreativitinya menghasilkan rekaan.

“Setakat ni kebanyakan pelanggan saya tak kira sama ada selebriti atau VVIP mereka tiada masalah tetapi artis yang paling saya gemari ialah Adibah Noor.

“Sudah banyak pakaian untuk Adibah Noor saya hasilkan dan selalunya dia hanya hubungi saya dan tidak perlu lihat contoh rekaan,” katanya kepada Artis Meletop.



Ezuwan Ismail bersama anaknya, Eisa dan Ungku Ismail. Foto ART CHEN

Selain itu, Ezuwan berkata Adibah juga tidak pernah berkira soal bayaran dan sentiasa membayar penuh apabila pakaiannya siap.

“Suatu perkara yang istimewa mengenai Adibah Noor, dia memberi tidak suka kalau saya mahu taja pakaiannya.

“Adibah akan bayar saja kalau saya nak taja pun, dia memang akan tolak dengan cara baik dan akan beritahu tidak memerlukan tajaan” katanya.

Sementara itu, Ezuwan yang sudah lima tahun terlibat dalam rekaan fesyen baru sahaja melancarkan koleksi terbaru sempena labaran ini dengan jenama EISA.

EISA dipilih sempena nama sulung anaknya, Eisa Zhafran yang baru berusia setahun dan untuk koleksi ini, Ezuwan mengangkat Engku Ismail Aziz sebagai ikon utama.

Sebanyak 10 jubah dihasilkan dengan pelbagai variasi warna menerusi koleksi kali ini dan ia dijual pada harga RM299 di laman sosial serta butik milik Ezuwan.

- Pereka Fesyen Puji Sikap Adibah Noor Tak Cerewet Rekaan Baju

SHARING GOOD

0 Comment to "Pereka Fesyen Puji Sikap Adibah Noor Tak Cerewet Rekaan Baju"

Post a Comment