Semalam Rozana Misbun mendedahkan yang beliau telah menerima kelulusan dari Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand terhadap tuntutan fasakh yang dikemukakan tahun lalu dan mengakui status dirinya yang kini bukan lagi bergelar isteri kepada penyanyi, Awie.
Dalam temubual bersama mStar Online hari ini, Awie meluahkan keraguan beliau terhadap proses yang dilakukan oleh isterinya itu kerana menganggap ia tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul selain mendakwa isterinya itu sendiri tidak tahu dimana tempat yang sepatutnya sijil perkahwinan mereka perlu dikeluarkan.
“Saya pelik bagaimana dia boleh memfailkan perceraian di Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand sedangkan dia sendiri sebelum ini yang dedahkan bahawa pernikahan itu tidak sah mengikut undang-undang negara kerana tidak didaftar di mana-mana”
“Kami berkahwin di dalam sebuah rumah yang diuruskan oleh ejen dan selepas itu ejen tersebut yang uruskan sijil pernikahan itu. Namun ejen itu pun sudah melarikan diri. Bagaimanapun dari segi peraturan Islam, pernikahan itu sah,” jelas Awie terhadap perkara ini.
Dalam kenyataan sama, Awie juga berkata yang beliau tidak akan menceraikan Rozana Misbun selagi kes mereka di mahkamah belum selesai dan jika ianya berlaku pun, semua proses harus dijalankan menerusi undang undang dan prosedur yang betul.
“Saya hidup lagi dan tidak akan menceraikan dia sebelum semua kes kami selesai di mahkamah dan saya anggap apa yang dia dedahkan itu adalah satu pembohongan. Kalau mahu cerai perlulah ikut prosedur yang betul di mahkamah kerana ia adalah hukum Allah,” tambahnya lagi.
0 Comment to "Awie Tidak Akan Ceraikan Rozana Misbun"
Post a Comment