Friday 5 June 2015

Boy Iman Luah Masalah Rumahtangga Dan Skandal Di Facebook



Sedikit latarbelakang tentang kisah hubungan Boy Iman bersama kakak kepada pelakon Emma Maembong, Effa Maembong. Bulan lalu, ada desas desus mengatakan yang Boy Iman kononnya bercinta dengan Effa Maembong selepas memuat naik gambar mesra di internet.

Namun, Boy Iman tampil mengatakan yang isterinya tahu akan hubungan rapat sebagai kawan dengan Effa Maembong dan tidak kisah mereka sering keluar bersama — ya, sebagai kawan rapat. Boy Iman juga mendakwa yang isterinya dan Effa Maembong kini semakin rapat.


Namun, rentetan pendedahan itu Boy Iman nampak semakin berani memuat naik gambar bersama Effa Maembong beserta kata kata cinta yang seperti tidak dapat menyorokkan lagi hubungan yang lebih sekadar kawan rapat di antara mereka.

Terbaru, Boy Iman mula meluahkan kekesalan akan ‘kecurangan’ Effa Maembong.




Kami sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi di dalam rumahtangga Boy Iman namun untuk meluahkan rasa sedih kerana dicurangi oleh skandal ini agak dangkal sifatnya. Bukankah Boy Iman sendiri melakukan perkara yang sama terhadap isterinya yang sah?

Menurut sumber kami yang rapat dengan keluarga pelakon ini, Boy Iman khabarnya sudah lama tidak peduli dengan isteri dan anaknya sehingga duit belanja rumah juga susu anak juga terabai dek kerana sibuk bercinta dengan Effa Maembong.

Ada baiknya Boy Iman beri lebih perhatian kepada isteri dan anak dari sibuk kononnya makan hati dengan kekasih hati yang nampak macam tidak akan ke mana.

- Boy Iman Luah Masalah Rumahtangga Dan Skandal Di Facebook

SHARING GOOD

0 Comment to "Boy Iman Luah Masalah Rumahtangga Dan Skandal Di Facebook"

Post a Comment