Friday 14 August 2015

MLTR bakal gegarkan Kuala Lumpur esok


Michael Learn To Rock

KUMPULAN muzik pop terkenal dari Denmark, Michael Learn To Rock (MLTR), dijangka menggegarkan Mega Star Arena, Kuchai Lama, di sini dalam konsert bersempena sambutan ulang tahun ke-25 kumpulan itu.

Pengurus jabatan antarabangsa Warner Music Dawn Benedict berkata kesemua 4,000 tiket konsert itu, bagi persembahan dua hari bermula 14 Ogos, habis ditempah.


"Berikutan permintaan daripada peminat MLTR, kami melanjutkan pertunjukan pada 14 Ogos. Para peminat MLTR bukan sahaja terdiri daripada generasi peminat muzik 90-an, ada antara mereka merupakan kalangan remaja, sesetengahnya berusia 15 tahun," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selepas Kuala Lumpur, kumpulan muzik itu akan meneruskan konsert jelajahnya ke Denmark dan Filipina.

- MLTR bakal gegarkan Kuala Lumpur esok

SHARING GOOD

0 Comment to "MLTR bakal gegarkan Kuala Lumpur esok"

Post a Comment