Friday 1 January 2016

Gadis Dakwa Diculik Ditemui Selamat Oleh Pihak Polis Di Banting


Misteri kehilangan seorang gadis bernama Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, yang menjadi viral di laman sosial di mana beliau menghubungi keluarganya mendakwa dia telah diculik ketika keluar dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman nampaknya sudah terjawab.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis dilaporkan telah menemui beliau selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.

"Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Pada 30 Desember lalu kehilangan Amirah itu telah disedari oleh ibunya selepas pulang ke rumah, kira-kira 2 petang.

Ibu mangsa, Asmah Majid dikatakan cuba mencari Amirah di kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.

Sementara itu Abdul Samah berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik namun pihaknya akan membuka kertas siasatan baru berhubung penemuan berkenaan.

Kes berkenaan menjadi viral selepas kakak angkat mangsa dikatakan telah merakam perbualan telefon antaranyan dan Amirah dimana berdasarkan percakapan Amirah dia kononnya berada dalam keadaan cemas memaklumkan telah diculik di kawasan rumahnya oleh dua orang lelaki dengan menggunakan van putih.

Perbualan antara mangsa bersama kakak angkatnya yang berdurasi 3 minit 43 saat itu tersebar secara meluas di laman sosial.

Mangsa mendakwa ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.

Berita ini juga disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitternya.



Manakala Twitter Berita Harian juga telah mengaluarkan kenyataan ini di mana agensi berita itu juga mengesahkan Nur Amirah dijumpai di Banting kira-kira jam 10 malam semalam.



Selain berita harian Twitter agensi berita Sinar Harian juga telah mengesahkan hal yang sama.



- Gadis Dakwa Diculik Ditemui Selamat Oleh Pihak Polis Di Banting

SHARING GOOD

0 Comment to "Gadis Dakwa Diculik Ditemui Selamat Oleh Pihak Polis Di Banting"

Post a Comment