BoBoiBoy
FILEM animasi Boiboiboy: The Movie berjaya meraih RM3.5juta kutipan selepas empat hari tayangan.
Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, sambutan penonton terhadap filem itu agak luar biasa.
"Ia adalah sambutan agak luar biasa apabila melihat graf kutipan naik mendadak hingga semalam (kelmarin)
"Saya melihat fenomena ini berlaku selepas industri perfileman kita sudah lama tidak menerbitkan filem animasi yang sudah mempunyai jenama kukuh," katanya dipetik BHOnline
Tambahnya lagi, faktor lain yang menjadi penyumbang sambutan di luar kebiasaan adalah jalan cerita BoBoiBoy: The Movie yang bersifat kekeluargaan, malah, kebanyakan penonton yang berkunjung ke pawagam adalah kumpulan berkeluarga.
Filem BoBoiBoy: The Movie mula ditayangkan Khamis lalu dan diterbitkan Animonsta dan edaran Primeworks Studio.
Filem arahan Nizam ini dijayakan Nurfathiah Diaz (Boboiboy), Nur Sarah Alisya (Yaya), Yap Ee Jean (Ying), Dzubir (Gopal), Muhammad Anas (Atok Aba) dan Muhammad Fathi (Ochobot).
BoBoiBoy: The Movie mengisahkan sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot.
Mereka mahu menggunakannya untuk mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.
0 Comment to "BoBoiBoy: The Movie raih RM3.5 juta"
Post a Comment