SELEPAS perkahwinan menjengah hampir dua tahun, akhirnya penyanyi kesayangan ramai, Misha Omar membuka mulut berkongsi kegembiraan di atas kehamilannya.
Misha berkongsi kisah mengenai suaminya ,Firos Ezzwan Rossly, 34 yang kini mengalami alahan orang mengandung.
"Dia pula yang berjangkit. Selain selera makan bertambah, sikap suami juga berubah apabila mudah terasa dengan perkara remeh. Dia juga lebih sensitif dengan perkara kecil.
"Alhamdulillah, sepanjang kehamilan ini saya tidak mengalami sebarang masalah termasuklah alahan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha Datuk Jamal Abdillah dan Misha Omar, sebentar tadi.
Walau bagaimanapun, Misha memilih untuk merahsiakan usia kandungan untuk privasi sendiri.
“Tidak adil bagi saya untuk merahsiakan kehamilan ini kerana kebahagiaan yang saya peroleh adalah atas doa-doa peminat.
“Sebab itu saya tidak mahu menyorokkan berita gembira ini. Tapi usia kandungan biarlah saya simpan sedikit,” ujarnya yang tidak kisah tentang jantina kandungannya.
Walaupun berahsia mengenai usia kandungannya, Misha berharap peminat akan terus mendoakan sehingga ke saat melahirkan.
Misha mendirikan rumah tangga bersama Firos pada 2 Mei 2014.
Sebelum ini Misha memiliki dua orang anak angkat Muhammad Adam Emir, 10 dan Humaira Lateefa, 4.
0 Comment to "Misha Omar hamil, suami pula terasa alahan"
Post a Comment