Sebaik sahaja kita dapat tahu yang kita hamil, perasaan kita bercampur baur. Gembira sebab bakal menimang cahayamata, risau sebab tak tahu apa yang bakal terjadi sepanjang tempoh 9 bulan. Ada perkara yang perlu kita jauhi demi keselamatan ibu dan baby dalam kandungan. Jom semak supaya kita lebih berjaga-jaga:
Semua pantang larang ni hanya valid dalam tempoh 9bulan hamil je. Ada juga yang Zarith pernah buat seperti travel ke Sarawak untuk majlis pernikahan adik ipar semasa usia kandungan 27 minggu, tapi Zarith telah mendapatkan nasihat doctor dan telah melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya selamat.
Jom tengok apa yang Pn. Khadijah ni kongsikan dengan kita - 10 Pantang Larang Yang Ibu Hamil Wajib Ambil Tahu
- Merokok
- merokok akan meningkatkan risiko baby kurang berat badan semasa lahir dan juga baby pra matang. Jadi kalau boleh berhentilah merokok secara perlahan-lahan sekiranya anda ibu yang merokok.
- Alkohol
- minum alkohol boleh membahayakan nyawa baby anda. Lagipun haram dalam islam kan.
- Kafein
- Kajian menunjukkan pengambilan kefein yang terlalu banyak boleh menyebabkan keguguran dan juga kelahiran baby yang kurang berat badan. Kalau nak minum juga, pastikan pengambilan tidak lebih daripada 300mg sehari
- Toxoplasmosis
- Parasit ini hidup dalam susu dan cheese yang tidak dipastuer, daging yang tidak berapa masak, najis kucing dan juga tanah tempat kita tanam sayur-sayuran.
- Toxoplasmosis boleh menyebabkan keguguran ataupun kecacatan kepada kandungan.
- Ini boleh dielakkan dengan memakan makanan yang disenaraikan di atas serta memakai sarung tangan sekiranya hendak membuang najis kucing ataupun hendak bercucuk tanam.
- Basuh buah-buahan dan sayuran dengan cermat dan masak daging sehingga betul-betul masak.
- Ubat-ubatan tanpa arahan doctor
- Jangan ambil ubat-ubat tanpa nasihat doctor. Walaupun pening kepala, silalah rujuk kepada doctor.
- Paracetamol
- Paracetamol boleh diambil semasa hamil, namun perlu diingatkan yang pengambilan dadah perlulah dielakkan terutamanya semasa kandungan berusia 12minggu kecuali atas nasihat doctor.
- X-ray pada bahagian perut
- X-ray menggunakan radiasi yang berbahaya kepada baby dalam kandungan. X-ray gigi boleh dikategorikan sebagai selamat namun harus diingatkan yang anda perlu sentiasa memberitahu doctor yang anda hamil. Sekiranya rawatan gigi tidak terlalu urgent, doctor anda mungkin akan menangguhkan rawatan
- Jacuzzi dan sauna
- Ini perlu dielakkan semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan anda overheated
- Chicken pox dan penyakit viral yang lain
- Virus ini boleh membahayakan ibu dan baby. Cepat-cepat rujuk kepada doctor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat mereka
- Air travel
- Ibu hamil yang travel menggunakan kapal terbang mempunyai risiko yang kecil tetapi agak merbahaya dalam membentuk Deep Vein Thrombosis (DVT- nama saintifik untuk darah beku). Darah beku ini boleh membahayakan nyawa sekiranya sampai ke peparu.
- Sekiranya anda terpaksa travel, minum air yang banyak, pakai stokin, bangun dan berjalan-jalan dengan kerap sekurang-kurangnya sejam sekali untuk betulkan peredaran darah.
- Sekiranya anda travel menggunakan kereta, pastikan lakukan perkara yang sama.
Semua pantang larang ni hanya valid dalam tempoh 9bulan hamil je. Ada juga yang Zarith pernah buat seperti travel ke Sarawak untuk majlis pernikahan adik ipar semasa usia kandungan 27 minggu, tapi Zarith telah mendapatkan nasihat doctor dan telah melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya selamat.
Jom tengok apa yang Pn. Khadijah ni kongsikan dengan kita - 10 Pantang Larang Yang Ibu Hamil Wajib Ambil Tahu
0 Comment to "10 Pantang Larang Yang Ibu Hamil Wajib Ambil Tahu"
Post a Comment