Monday 23 March 2015

Sekitar Majlis Aqiqah Anak Diana Amir, Khaulah Al Azwar





Pada tanggal 8 Mac, Diana Amir selamat melahirkan puteri sulungnya dengan nama yang cukup indah sekali, Khaulah Al Azwar yang membawa maksud Bidadari Besi dan pada hari semalam, telah berlangsung majlis aqiqah di kediaman pasangan ini di Setia Alam, Selangor.



Dalam majlis yang sederhana tetapi meriah tersebut, rakan-rakan artis lain turut hadir termasuklah Korie dan juga David Teo serta isterinya. Suka kami melihat Diana dan juga suami, Habib Bullah yang kelihatan sangat gembira dan juga bahagia.






Kami doakan yang terbaik untuk pasangan dan keluarga kecil ini. Penghijrahan Diana Amir banyak menyentuh perasaan peminatnya dan tidak salah kami katakan bahawa keluarga ini sentiasa diiringi doa daripada peminat mereka. Kami sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda.









- Sekitar Majlis Aqiqah Anak Diana Amir, Khaulah Al Azwar

SHARING GOOD

0 Comment to "Sekitar Majlis Aqiqah Anak Diana Amir, Khaulah Al Azwar"

Post a Comment