KALAU dah jodoh tidak ke mana, begitulah boleh diumpamakan hubungan antara pengantin baru pelakon Hanez Suraya,30 dan Romie Razin Adilha,34.
Selamat disatukan sebagai suami isteri di Masjid Putra Putrajaya, Sabtu lalu, kisah cinta mereka sebelum ini mendapat perhatian daripada banyak pihak khususnya peminatnya sendiri.
Mengimbas sejenak detik percintaan Hanez dan Romie, kontroversi mula tercetus apabila bekas isteri Romie, tampil memberi kenyataan Hanez merupakan orang ketiga dalam perkahwinannya.
Sejak itu, Hanez dilabel sebagai 'perampas suami orang' dan ramai peminat mula membencinya. Tempiasnya turut terkena pada karier seninya sehingga dia digam stesen televisyen tempatan.
Walaupun dikecam teruk, keduanya masih berjaya mempertahankan cinta mereka dan siapa sangka, kerana kesungguhan Romie, mereka akhirnya disatukan dengan ikatan suami isteri.
Meskipun sudah seminggu sah menjadi suami isteri, masih ada yang tidak senang dengan hubungan suci itu. Sehingga kini, ada sahaja kritikan dan komen negatif mengenai hubungan mereka di laman-laman sosial.
Mungkin ramai yang tidak tahu, kehadiran Hanez dalam keluarga Romie sebenarnya cukup dialu-alukan.
Berkesempatan hadir ke majlis pernikahan pasangan ini, nyata semua keluarga terdekat Romie dilihat amat menyenangi aktres ini.
Dalam perbualan tidak rasmi dengan beberapa ahli keluarga Romie, rata-rata amat mengagumi personaliti Hanez yang penyayang dan bersifat keibuan.
"Dia (Hanez) sangat baik orangnya. Bukan sahaja pandai memasak, tetapi juga pandai menjaga serta menghormati hati kami.
"Paling tersentuh, apabila dia sangat baik dengan anak-anak Romie. Lihat sahaja kemesraan mereka. Budak-budak tak pandai tipu. kalau tak suka dia takkan nak dan duduk dengan Hanez," kata ahli keluarga Romie yang enggan namanya didedahkan.
Ujarnya lagi, ketelusan dan kejujuran Hanez itulah membuatkan dia bukan sahaja diterima baik dalam keluarga mereka.
Bahkan perkara tersebut turut diakui oleh Romie, yang tetap ingin memperisterikan Hanez kerana pelakon tersebut bukan sahaja menerima dirinya malah anaknya juga.
"Kerana itu, saya minta semua menghentikan perkara yang pernah berlaku sebelum ini. Doakan yang terbaik buat kami dan biarlah perkahwinan kedua saya ini kekal ke akhir hayat," katanya.
- Hanez Suraya: Dia sangat baik hati
0 Comment to "Hanez Suraya: Dia sangat baik hati"
Post a Comment