KEJADIAN rompakan yang berlaku di sebuah butik di Bangsar, Selasa pagi lalu benar-benar mengejutkan bintang filem Aku Terima Nikahnya ini.
Bakal membuka sebuah kafe, iaitu Kafe & Xoxo, di dalam bangunan butik berkenaan tidak lama lagi, Nora Danish, bagaimanapun meluahkan rasa lega kerana rompakan tersebut tidak melibatkan kafenya itu.
"Bila mendapat berita itu, saya terus ke sana dan memeriksa barangan dan peralatan yang bakal digunakan untuk operasi kafe saya nanti.
"Nasib baiklah tiada satu pun yang hilang dan diambil. Malah, koleksi jubah yang saya jual juga masih ada," katanya bakal melancarkan pembukaan kafe tersebut 27 Mac nanti.
Jelas pelakon berusia 32 tahun ini, apa yang dia tahu, perompak tersebut hanya memilih produk yang bernilai tinggi.
"Kejadian rompakan itu berlaku kira-kira jam 7 hingga 8 pagi. Oleh kerana jubah yang saya jual masih dalam lingkungan harga yang mampu milik, mungkin sebab itu mereka tidak mengambilnya," katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Isteri Untuk Dijual Khamis lalu.
Dalam pada itu, Nora turut berkongsi mengenai pembukaan cafenya itu. Menurut Nora, bisnesnya itu telah mengeluarkan belanja lebih RM100,000 bersama rakannya.
"Bayangkan kalau barang-barang membuka kafe tersebut dicuri, musnah impian saya untuk menjalankan perniagaan.
"Sudahlah baru hendak beroperasi, tiba-tiba pula terpaksa berhadapan dengan perkara sebegini. Malah saya sendiri baru sahaja membawa perabot dan barangan lain ke kafe tersebut dan masih dalam proses menghias," katanya.
- Nora Danish hampir kerugian
0 Comment to "Nora Danish hampir kerugian"
Post a Comment