TERUS menjadi tumpuan mengenai gosip hubungan cintanya bersama pelakon cantik Emma Maembong, Kamal menegaskan dia bukanlah terdesak dalam percintaan sehingga mahu mendoakan hubungan pelakon tersebut bersama Zizan Razak berakhir.
“Semua ini tiada kena mengena dengan saya. Kami mula berkawan pun sejak terlibat dalam penggambaran sebuah drama.
“Tidak sangka pula ada yang mengheret saya dalam permasalahan cinta Emma dan Zizan.
“Kami semua berkawan baik dan saya tidak mahu perkara ini memusnahkan persahabatan kami,” katanya.
Akuinya lagi, dia meminta semua pihak supaya tidak meneruskan spekulasi berkenaan yang hanya menyebabkan Emma tertekan.
“Orang di luar tidak tahu apa yang terjadi. Malah cerita-cerita tidak benar disampaikan membuatkan kami pelik daripada mana mereka mendapat cerita tersebut,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran filem Isteri Untuk Dijual baru-baru ini.
Turut mengulas mengenai bekas kekasihnya, Intan Ladyana, Kamal memberitahu, buat masa sekarang dia belum bersedia untuk berdepan dengan Intan dalam apa jua situasi sekali pun.
“Saya sudah boleh menerima hakikat mengenai hubungan kami, tetapi untuk bekerja dengannya semula, mungkin mengambil masa," katanya.
- Kamal Adli: Saya belum terdesak
0 Comment to "Kamal Adli: Saya belum terdesak"
Post a Comment