Wednesday, 18 February 2015

15 Perkara Yang Mengujakan Bakal Berlaku Apabila Anda Hidup Gembira Walaupun Masih Bujang





Sudahkah anda membaca 45 Perkara Anda Patut Buat Ketika Masih Bujang ?



Anda patut baca dan mungkin boleh jadikannya To-Do-List sebelum anda berkahwin.



Mengapa?



Kerana sekiranya anda melakukan perkara-perkara cadangan tersebut, ia memungkinkan hidup anda pasti dilanda sesuatu yang mengujakan walaupun masih memegang status bujang.



Antaranya ialah:



1) Duit simpanan anda akan ada lebih banyak apabila tahu dan amal ilmu kewangan



2) Anda keterampilan menarik apabila bersenam dan menjaga pemakanan dan kesihatan



3) Hubungan anda dengan keluarga dan rakan-rakan bertambah baik apabila meluangkan masa bersama mereka



4) Hidup anda lebih bermakna apabila dapat menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan agama



5) Anda akan memperolehi pelbagai pengalaman kerja dan membesarkan networking dalam industri yang diceburi apabila gembira bekerja atau bekerja hingga ke luar negara



6) Anda menjadi lebih fokus dan tahu apa yang anda hendak di dalam hidup ini



7) Anda menjadi lebih matang apabila pengalaman mengembara bakal membentuk diri anda yang lebih baik



8) Anda ada sesuatu yang orang lain mungkin tiada untuk diceritakan kepada anak dan cucu cicit kelak apabila anda jalani kehidupan bujang ini dengan pelbagai adventure



9) Anda akan menjadi lebih aktif dan kreatif apabila ada kemahiran diri dan gembira melakukannya seperti memasak, berbakti pada tanah atau membuat almari sendiri di rumah!



10) Anda akan lebih menghargai pasangan hidup anda sepertimana anda menghargai kehidupan bujang anda



11) Anda tidak memerlukan hiburan semata-mata untuk menghiburkan diri anda yang keseorangan itu apabila anda sedar betapa bernilainya kehidupan ini



12) Pastinya anda menjadi lebih yakin berdepan dengan orang lain terutama mereka yang telah berkahwin atau berpasangan apabila anda bersikap positif dengan status bujang anda



13) Anda mungkin boleh sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi dan juga mungkin di luar negara apabila anda mahu merealisasikan tambah ilmu dan pengalaman sebelum berkahwin



14) Anda menjadi seseorang yang produktif dan proaktif apabila menyertai pelbagai aktiviti bersama keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.



15) Anda menjadi seseorang yang diimpikan sebagai pasangan hidup seseornag iaitu jodoh anda :)



Percayalah… Apabila anda boleh hidup gembira ketika bujang dan bersikap positif dengan segala soalan dan tanggapan yang dilemparkan kepada anda gara-gara masih memegang status bujang, hidup anda pasti mengujakan!



Malah, menguntungkan bakal jodoh anda kerana anda seseorang yang serba boleh dan menghargai kehidupan diri dan orang lain :) - 15 Perkara Yang Mengujakan Bakal Berlaku Apabila Anda Hidup Gembira Walaupun Masih Bujang

SHARING GOOD

0 Comment to "15 Perkara Yang Mengujakan Bakal Berlaku Apabila Anda Hidup Gembira Walaupun Masih Bujang"

Post a Comment