Tuesday 17 February 2015

Kekasih Nora Danish Antara Calon Teratas Anugerah Bintang Popular BH 2014





Bukan senang untuk seseorang individu tercalon dalam kategori yang dipertandingkan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) namun terima kasih kepada internet, anda boleh popular dan terus tercalon tanpa buat apa apa — hakikatnya.



Kekasih kepada Nora Danish, Nedim Nazri mencapai status baru sebagai selebriti apabila beliau tercalon dalam salah satu kategori online ABPBH 2014 untuk Personaliti Popular bersaing dengan nama seperti Faiz Dickie, Wak Doyok, Mat Luthfi dan Felixia Yeap.



Nora Danish turut tercalon dalam kategori online untuk Artis Paling Kontroversi dan Artis Wanita Stailo namun tidak tercalon dalam mana mana kategori utama anugerah berprestij yang dianjurkan setiap tahun in dan kini sudah masuk ke edisi yang ke-28.









Pencalonan akhir kategori utama diungguli oleh Zizan Razak dengan tersenarai dalam tiga kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular.



Nama nama yang biasa dilihat pada edisi sebelum ini mengulangi kejayaan mereka untuk tercalon seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Fara Fauzana, Datuk Aznil Nawawi, Zizan Razak, Didie Alias, Jihan Muse, Hafiz dan Stacy.



Manakala nama baharu yang dilihat menepati ramalan berdasarkan populariti segera diraih pula seperti Ayda Jebat, Amyra Rosli, Puteri Balqis dan Zul Ariffin dilihat mula tersenarai sebagai antara kegemaran ramai pada undian awal edisi kali ini.







Anda boleh membaca senarai penuh pencalonan akhir ABPBH 2014 di laman web rasmi mereka.



Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) bakan ersiaran secara langsung dari Arena All Stars, Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9.00 malam, 5 April 2015 ini.









- Kekasih Nora Danish Antara Calon Teratas Anugerah Bintang Popular BH 2014

SHARING GOOD

0 Comment to "Kekasih Nora Danish Antara Calon Teratas Anugerah Bintang Popular BH 2014"

Post a Comment