Wednesday 18 February 2015

Pekin Ibrahim Dan Uqasha Senrose Lebih Selesa Sebagai Kawan





Baru baru ini Uqasha Senrose ada memuatnaik sekeping gambar beliau bersama bekas tunangnya Pekin Ibrahim di akaun Instagram dan kemesraan mereka berdua dalam gambar tersebut mengundang tanda tanya ramai sama ada mereka kini sudah kembali bersama.

Bertemu Pekin Ibrahim di tayangan perdana filem terbarunya, Coverina beliau menjelaskan yang gambar itu diambil atas dasar rakan dan mereka terserempak di pejabat urusan sebuah media ketika menjalankan sesi fotografi promosi filemnya itu.



“Saya pergi Utusan Malaysia untuk sesi fotografi, selepas itu terserempak dengan dia. Jadi dia pun ambil gambar katanya nak buat promosi untuk filem Coverina. Baguslah kalau dia nak promosikan. Saya dengan dia kawan sahaja, kalau berjumpa kami tegur-menegur,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau dan Uqasha kini lebih selesa untuk menjadi kawan & bersikap professional dalam segala urusan melibatkan kerja mahu pun peribadi.

Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose Lebih Selesa Sebagai Kawan - ROTIKAYA

Sementara itu di kelesuan industri filem tempatan, Pekin Ibrahim memberitahu bahawa sepatutnya FINAS perlulah memainkan peranannya untuk menghidupkan semula industri filem dengan memberi peluang untuk karya terutamanya filem indie untuk mendapat tempat di Malaysia.

“Industri kena buat sesuatu. Untuk filem ini hanya 35 panggung sahaja ditayangkan daripada 115 panggung yang ada di seluruh Malaysia. Macam mana nak buat promosi kalau sekadar 35 buah panggung sahaja yang menayangkan filem ini”

“Apa fungsi FINAS? Takut ke nak fight dengan panggung?” ujarnya sinis. (rtky/hfz) - Pekin Ibrahim Dan Uqasha Senrose Lebih Selesa Sebagai Kawan

SHARING GOOD

0 Comment to "Pekin Ibrahim Dan Uqasha Senrose Lebih Selesa Sebagai Kawan"

Post a Comment