Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelih#atan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza.
Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai 'tukang tato' itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penamp#ilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih.
"Orang itu memberikan sebuah kertas dan men#yuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
- Pembuat Tatoo Yakuza Kini Jadi Imam
0 Comment to "Pembuat Tatoo Yakuza Kini Jadi Imam"
Post a Comment