Saturday 28 February 2015

Punca Kenapa Gaji Rakyat Malaysia ''kecil''?


Kenapa Gaji Rakyat Malaysia ''Kecil''?|





Usah bezakan gaji anda dengan orang lain jika tidak tahu sebabnya. Roti Kayu mahu Gen Y sentiasa bersedia dan tingkatkan kemahiran memperoleh gaji setimpal dengan kebolehan.Bukan hanya lambakan kerja seharian, tetapi tidak menerima sebarang kenaikan jawatan di tempat kerja boleh dijadikan alasan untuk kita cari pekerjaan baru. Semua bebanan ini menjurus kepada tangga gaji yang kecil.



Memanglah gaji diterima setiap orang tidak akan sama melainkan pengalaman dan kemahiran setaraf. Kalau gaji yang dibayar memuaskan, tentu tidak akan menjadi masalah, tetapi rungutan jelas kedengaran dalam kalangan anak muda sekarang mengenai tangga gaji kecil.

Perlu kita tahu, setiap taraf gaji ada yang mempengaruhinya.



Status pendidikan



Tidak dinafikan ramai individu yang tidak lulus pendidikan tinggi boleh berjaya dalam kerjanya. Walaupun begitu, kita tidak boleh menolak realiti bahawa pendidikan tinggi mampu membantu seseorang mendapatkan pekerjaan baik.



Portal gaji minimum 2012 yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia menetapkan RM900 bagi Semenanjung dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak. Jelas, tangga gaji ini bergantung kepada taraf pendidikan dan beberapa faktor lain.



Kurang cekap, usia muda



Jangan merungut sekiranya anda dibayar dengan jumlah gaji kecil dengan status anda sebagai lepasan universiti. Ini kerana, penghasilan dan kualiti kerja kita akan berbeza berbanding mereka yang sudah lebih tiga tahun dalam bidang sama.



Berbeza situasi jika anda kekal jawatan yang sama dalam tempoh tertentu, tidak mustahil kenaikan gaji lebih cepat berbanding rakan sebaya lain sekiranya kemahiran dan kebolehan anda digunakan secara maksimum.



Karakter berbeza



Mempunyai masalah peribadi ataupun pernah menimbulkan masalah dalam syarikat atau organisasi sebelumnya antara sebab anda akan berada lama di tangga gaji kecil.



Tidak kisahlah apa juga masalah yang pernah ditimbulkan, namun jika ia mampu mengganggu prestasi kerja ataupun hubungan dengan orang lain sehingga diketahui majikan, jangan merungut jika majikan memberikan indeks prestasi kerja kurang memuaskan. Perlu diingat, hal ini mampu memberi kesan kepada gaji.



Apa boleh buat?



Orang yang paling bahagia adalah mereka yang mempunyai perniagaan mereka sendiri. Mereka memiliki kebebasan masa dan wang, tetapi untuk berjaya dalam perniagaan perlu bekerja keras.

Sekiranya seseorang pekerja boleh mendedikasikan hidup kepada sesebuah syarikat, pasti boleh mencuba langkah baru dengan mencabar diri .



Faktor gaji atau pendapatan akan memaksa perubahan mendadak pada diri tanpa diduga. Risiko untuk menghadapi persaingan, perubahan, kegagalan akan ada walaupun bekerja sendiri.

Persoalannya, apa boleh kita lakukan jika mahu lari daripada kepompong gaji kecil. Ada beberapa pekerjaan lain boleh anda cuba. Antaranya jurubeli peribadi.



Mungkin pekerjaan ini dianggap layak hanya untuk golongan perempuan tetapi hakikatnya tidak. Golongan lelaki juga boleh menjadi jurubeli peribadi kepada sasaran pelanggan. Contohnya, jika wanita membeli beg tangan atau aksesori untuk pelanggan, lelaki juga boleh membeli kasut ataupun pakaian untuk kumpulan pelanggan mereka.



Peranan jurubeli peribadi ini adalah bertindak sebagai juru runding atau pembeli peribadi bagi barangan yang dikehendaki pelanggan. Pelanggan akan membayar lebih kepada mereka atas perkhidmatan yang disediakan.



Menurut Forbes, bayaran tahunan bagi seorang jurubeli peribadi ketika ini adalah kira-kira AS$25,000 (RM89,000). Bagi mereka yang berkhidmat dengan pelanggan golongan elit, pendapatan tahunan mampu mencecah sehingga AS$100,000 (RM357,000) setahun.



- Punca Kenapa Gaji Rakyat Malaysia ''kecil''?

SHARING GOOD

0 Comment to "Punca Kenapa Gaji Rakyat Malaysia ''kecil''?"

Post a Comment