Thursday, 19 February 2015

Siti Elizad Rancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini, Belum Tetapkan Tarikh





Pelakon Siti Elizad yang turut membintangi filem ‘Coverina’ memberitahu bahawa dia bakal mengakhiri zaman solonya pada tahun ini tetapi belum menetapkan tarikh muktamad disebabkan komitmen kerjayanya yang kini semakin mencurah-curah selepas beberapa tahun menyepi.



“Tahun ini Insya-Allah saya akan berkahwin. Tapi saya lebih senang bekerja (berlakon). Buat apa-apa pun saya lebih suka lebihkan kerja dahulu. Yang lain-lain saya serahkan pada keluarga”



“Dengan arwah mak saya dulu pun, kalau semua cakap apa-apa saya ikut sahaja. Kahwin atau tidak saya masih bekerja,” katanya yang ditemui selepas tayangan filem Coverina di GSC NU Sentral kelmarin.



Jelasnya lagi, bakal suaminya ini jenis yang memahami dan tidak pernah menghalangnya untuk berlakon sekiranya mereka sudah berkahwin kelak.



“Dia jenis yang tak mengganggu kerja saya. Umur dia sudah 43 tahun dan matang. Kalau sudah berkahwin pun dia tak menghalang untuk saya meneruskan kerjaya lakonan saya ini. Tapi dia memang tahu saya suka berlakon,”katanya.









Menceritakan detik perkenalan dirinya bersama bakal suaminya yang berstatus duda anak 2 ini, adalah menerusi abang kandungnya sendiri yang bersahabat baik dengan bakal suami Elizad.



“Sebenarnya dia kawan abang saya. Abang kenalkan saya dengan dia dan dia sendiri pernah berkawan dengan abang. Dia ada anak 2 orang, tapi sekarang dia dah bujang. Jadi saya berkawan dengan dia. Dia tak kacau kerja saya dan senang lagipun yang berumur dia tak banyak songeh dan dia tak cari masalah untuk saya,”tambahnya.



Mengikut perancangan awal, mereka akan bernikah pada bulan April ini, tetapi disebabkan jadual Elizad sendiri yang terlampau sibuk membuatkan mereka masih lagi menunda tarikh pernikahan mereka yang masih lagi belum diputuskan. Elizad sendiri masih lagi tidak membuat sebarang persiapan dan hanya menyerahkan segala persiapannya itu kepada keluarganya untuk diuruskan.



“Sebenarnya pada April ini, tetapi jadual saya padat dan tak tahu nak jawab apa bila orang bertanyakan tarikh nikah. Masih tidak mempunyai sebarang persiapan cuma saya beruntung kerana kakak ipar banyak membantu saya menguruskan segala-galanya,” katanya.



Elizad turut memberitahu bahawa bakal suaminya itu merupakan salah seorang pekerja di Syarikat Permotoran Harley Davidson, walaubagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenai bakal suaminya itu.









- Siti Elizad Rancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini, Belum Tetapkan Tarikh

SHARING GOOD

0 Comment to "Siti Elizad Rancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini, Belum Tetapkan Tarikh"

Post a Comment