Thursday 26 February 2015

Tunku Jalil Bela Buaya Sebagai Haiwan Peliharaan?


TUNKU Laksamana Johor, Tunku Jalil kini mempunyai haiwan peliharaan baru iaitu buaya sepanjang hampir 1 meter yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya.



LUAR biasa sungguh citarasa yang dimiliki anakanda kelima Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim ini.


Hinggakan ada pengguna sosial yang beranggapan ianya adalah buaya palsu.


Buaya betul ke palsu, tidaklah dapat kami pastikan…








Di dalam kapsyen Tunku ada memberitahu haiwan ini adalah buaya kesayangannya yang diberi nama Azlee.


Rasa kagum pula melihat aksi berani Tunku bergambar bersama-sama buaya sepanjang 1 meter ini.


Sedangkan haiwan reptilia ini terkenal dengan sifat ganasnya.


Kami pun tidak rasa pelik sebab Tunku memang seorang pencinta haiwan dan sebelum ini Tunku pernah juga kongsikan gambar tapir yang diberi nama Lucy.







Nampaknya, Tunku sememangnya merupakan seorang pencinta haiwan sejati


Apa-apa keberanian Tunku untuk memelihara seekor buaya itu amat mencabar kerana semua tahu sifat semulajadi seekor buaya yang ganas. - Tunku Jalil Bela Buaya Sebagai Haiwan Peliharaan?

SHARING GOOD

0 Comment to "Tunku Jalil Bela Buaya Sebagai Haiwan Peliharaan?"

Post a Comment