Tuesday, 24 February 2015

Zero: Tuduhan Berlagak Selepas Menang MLM Mengaibkan





Zero ketika memenangi Maharaja Lawak Mega 2014.



Kumpulan Zero menganggap tuduhan yang mengatakan mereka semakin berlagak semenjak menjuarai program Maharaja Lawak Mega (MLM 2014) baru-baru ini sengaja diada-adakan untuk mengaibkan.



Salah seorang anggotanya, Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif, 24, berkata, dia terkejut dengan tuduhan tersebut namun menganggap ia sebagai satu bayaran apabila mula dikenali.



"Anggapan kami berlagak selepas MLM adalah salah kerana kami masih seperti dahulu dan pelik bagaimana tiba-tiba kami dituduh sedemikian.



"Bagaimanapun itu terpulang kepada pihak yang menilai kerana kami masih individu yang sama dan sedar akan asal usul kami," katanya kepada Artis Meletop.







Sharif mengulas mengenai laporan kononnya mereka bersikap sombong selain kini sukar berurusan untuk menjayakan persembahan.



Dalam pada itu, Sharif berkata, sejak menjuarai MLM 2014 mereka tidak pernah meletakkan sebarang harga kepada pihak yang ingin memanggil mereka menjayakan persembahan pentas sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak pengurus.



"Kami sedar diri kami siapa dan dari mana asal usul kami. Tuduhan sedemkian tidak sepatutnya berlaku dan pada yang mengenali kami rasanya mereka tahu kami bagaimana.



"Tuduhan 'demand' dan sukar berurusan itu semua tidak benar malah Zero tidak pernah meletakkan sebarang harga tertentu," jelasnya.



Dalam perkembangan lain, Sharif berkata, mereka bertiga tidak pernah menolak tawaran untuk bernaung dibawah pengurusan Astro sebaliknya memberitahu mereka meminta masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan.



Katanya lagi, buat masa ini mereka ingin belajar menguruskan karier mereka sendiri tanpa bantuan orang lain kerana dengan cara itu mereka dapat menjadi lebih matang dan mengetahui tentang selok-belok dunia hiburan.



"Bukan kami tolak tetapi minta masa untuk berfikir. Tambahan pula kami masih baharu dan tidak mahu bergantung kepada orang lain buat masa ini.



"Biarlah kami belajar menguruskan diri sendiri dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.





- Zero: Tuduhan Berlagak Selepas Menang MLM Mengaibkan

SHARING GOOD

0 Comment to "Zero: Tuduhan Berlagak Selepas Menang MLM Mengaibkan"

Post a Comment