Wednesday, 11 March 2015

Amar Baharin Jelas Hubungan Rapat Kerana Diurus Ibu Amyra Rusli



Amar dan Amyra selesa berkawan.



Pelakon Amar Baharin memberitahu keakrabannya dengan pelakon Amyra Rosli dilihat kemungkinan disebabkan kedua-dua mereka diuruskan oleh individu yang sama iaitu ibu wanita itu, Noor Zaridah Ahmad.



Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 30, berkata, dia membuat keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab itu adalah supaya jadual kerjayanya menjadi lebih teratur dan profesional.



"Ini pertama kali kerjaya saya diuruskan oleh orang lain kerana sebelum ini saya agak susah nak percaya orang dan apabila berjumpa ibu Amyra iaitu Kak Noor saya lihat dia mampu untuk menguruskan saya.



"Sejak awal 2015 ini memang dia yang uruskan dan ia adalah supaya kerjaya saya lebih teratur selepas ini," ujarnya kepada Artis Meletop.







Amar berkata demikian ketika ditemui pada tayangan episod akhir drama bersiri Suamiku Encik Sotong yang diadakan di The Starnd Mall, di sini, malam Isnin.



Drama Suamiku Encik Sotong mula ditayangkan pada 27 Oktober 2014, setiap Isnin, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Astro Maya HD.



Sementara itu, Amar mengakui dia selesa berkawan dengan Amyra dan menyifatkan wanita itu seorang yang baik dan menghormati orang tua.



Tambahnya, mereka digosipkan bercinta selepas melihat gandingan serasi dalam drama Suamiku Encik Sotong.



"Kami dikatakan bercinta sebab mereka lihat kami serasi dalam drama itu. Sebelum ini kami ada juga berlakon bersama tetapi tidak pula digosipkan kerana watak tersebut bukan pasangan kekasih," ujarnya.



Dalam pada itu, Amar berkata, mereka bekal bergandingan sekali lagi sebagai pasangan kekasih untuk drama adaptasi novel Cik Bunga Encik Sombong di Astro Prima yang bakal ditayangkan Ramadan ini.



Sementara itu, Amyra Rosli mengakui dirinya masih solo selepas memutuskan hubungannya dengan pelakon Dazrin Kamaruddin pada Ogos tahun lalu.



Namun, Amyra berkata, dia tidak menutup pintu hati kepada mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.



"Kami tidak bercinta dan saya single and available lagi, namun saya tidak tutup pintu hati saya lepas gagal pada hubungan lalu.



"Kalau Allah kata sudah sampai jodoh, saya terima sahaja, tetapi saya tidak meletakkan apa-apa kriteria kepada pasangan yang saya mahu.



"Apa yang penting dia tidak berpura-pura dan jadi diri sendiri untuk bersam saya," katanya.



Dalam pada itu, Amyra bersyukur, sambutan terhadap drama Suamiku Encik Sotong mendapat sambutan mengalakkan pada hari akhir tayangannya apabila menjadi tranding sebelum masa tayangan lagi.



Majlis tayangan episod akhir itu dihadiri lebih 200 penonton yang turut dapat beramah mesra dengan artis dalam drama tersebut.



Majlis tersebut turut melancarkan drama baharu yang bakal menggantikan drama ini iaitu Isteri Separuh Masa lakonan Aiman Hakim Redza, Emma Maembong dan Ayda Jebat.





- Amar Baharin Jelas Hubungan Rapat Kerana Diurus Ibu Amyra Rusli

SHARING GOOD

0 Comment to "Amar Baharin Jelas Hubungan Rapat Kerana Diurus Ibu Amyra Rusli"

Post a Comment