Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu sedar ada dikalangan orang dalam industri menuduhnya mula menunjukkan sikap berlagak kerana terlalu memilih skrip.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, berkata, dia mengakui bertindak agak memilih dan cerewet terhadap sesuatu watak bagi menjaga kualiti kerjayanya sebagai seorang pelakon.
"Saya tahu ramai yang tegur dan menuduh saya berlagak, naik kepala dan bersikap 'diva'. Saya tidak peduli tentang itu kerana bagi saya setiap kerja perlu ada sistem.
"Saya memilih kerana ia adalah karya yang saya akan bawa dan sama mahu ia dibuat secara betul-betul. Lagi pula saya tidak ambil dua kerja dalam satu masa," ujarnya kepada Artis Meletop.
Sharnaaz ditemui pada pratonton tayangan episod akhir drama Suamiku Encik Sotong, di The Starnd Mall, di sini, malam Isnin lalu.
Sementara itu, bercerita tentang watak lelaki lembut dalam drama tersebut, Sharnaaz berkata ia adalah satu cabaran buat dirinya. Katanya, dia tidak mahu hanya dikenali sebagai pelakon drama yang streotype dengan satu-satu watak sahaja.
"Saya anggap watak ini berlainan dan mencabar saya sebagai seorang pelakon. Saya kaji watak lelaki lembut melalui rakan-rakan dalam industri dan cuba mengaplikasikan dalam watak itu.
"Saya suka watak sebegini yang boleh dikatakan satu eksperimen buat diri saya sendiri, kalau ditawarkan lagi watak seperti ini saya akan terima jika ianya lebih mencabar kemampuan saya sebagai pelakon," katanya.
Selain itu, ditanya tentang perkembangan lain, Sharnaaz berkata, dia kini bercuti sebulan daripada sebarang penggambaran bagi menumpukan perhatian terhadap bisnes kosmatik dibawah syarikatnya Science Tech Industries.
Katanya, dia bakal keluar dengan produk makanan tambahan bagi lelaki dan perempuan dalam masa terdekat ini.
Selain itu, Sharnaaz berkata, dia juga sibuk menguruskan gimnasium Sharnaaz Ahmad Fitnes Centre yang dibuka di Segambut, dekat sini.
"Saya rehat sebulan daripada bidang lakonan bagi beri perhatian terhadap produk makanan tambahan yang bakal keluar tidak lama lagi.
"Selain itu juga saya dalam perancangan untuk buka cawangan gimnasium saya di kampung halaman saya di Pulau Pinang," ujarnya.
- Sharnaaz Ahmad Dituduh Berlagak Kerana Pilih Watak
0 Comment to "Sharnaaz Ahmad Dituduh Berlagak Kerana Pilih Watak"
Post a Comment