Tuesday 3 March 2015

Cara Berdepan Dengan Lelaki Anak Mak





Lelaki anak emak? Alahai, pasti mencabar andai terpikat dengan lelaki anak emak bukan? Mana tidaknya, anda wanita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal ketika mendepani lelaki anak emak ini.



Kebanyakan wanita sebolehnya mahu mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan lelaki anak emak. Namun andai hati sudah terpaut, pasti sukar untuk melepaskan si jejaka tambahan pula si dia memenuhi ciri-ciri suami idaman. Ketahui tip berdepan lelaki anak emak.





Kawal situasi

Lelaki anak emak ini mudah dikenali menerusi personalitinya. Jika sebelum menjalinkan hubungan, dia kerap bercerita soal ibunya, maka benarlah si dia anak emak. Usah bimbang, kerana jika anda bijak mengawal situasi, pasti tidak timbul masalah. Fahami rentaknya dan pasti suasana lebih mudah selepas anda berkahwin kelak.





Usah berkecil hati

Masalah bila bersama anak emak ini ialah apabila diri sering diperhatikan oleh si ibu mentua. Kadangkala si ibu lebih gemar mengadu perihal diri anda kepada suami. Jika ini terjadi, usah berang dan merajuk hati. Sebaiknya minta suami memberitahu ibunya untuk berterus terang langsung kepada anda. Tidak perlu anak menjadi orang tengah.





Positif

Bersikap positif sangat membantu saat berdepan dengan suami anak emak. Ini kerana walau apa pun tindakan suami dan ibunya, pasti bukan masalah besar buat anda. Bersabar dan berdoalah supaya anda dapat mengharungi masalah dengan tenang. Apabila anda berfikiran sedemikian, soal keutamaan dan kasih sayang bukan masalah lagi buat anda dalam menjalani kehidupan berumah tangga.





Ambil hati

Meski teguran ibu mentua kadangkala menyinggung perasaan namun berlapang dada lah. Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri. Berusaha mengambil hatinya supaya dia lebih dekat

dengan anda seperti membuat kejutan atau memberi wang saku. - Cara Berdepan Dengan Lelaki Anak Mak

SHARING GOOD

0 Comment to "Cara Berdepan Dengan Lelaki Anak Mak"

Post a Comment