Monday, 23 March 2015

GST: Cukai Perkhidmatan Kad Kredit Digugurkan





Pemegang kad kredit perlu membayar enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas yuran tahunan kad, tetapi cukai perkhidmatan RM50 akan digugurkan.



"Beberapa bank bagaimanapun boleh mengetepikan yuran tahunan atas permintaan.



"Dalam beberapa kes, tidak akan ada GST yang perlu dibayar," kata Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-Bank di Malaysia Chuah Mei Lin.



Sumber perbankan itu menjelaskan bahawa GST terhadap yuran tahunan mungkin berbeza-beza, dari RM53 kepada RM500, bergantung kepada jenis kad.



Mereka berkata, pemegang kad boleh menggunakan mata ganjaran atau rebat untuk mengimbangi cukai enam peratus.



Chuah berkata, pelaksanaan GST juga bermakna bahawa cukai perkhidmatan RM50 kerajaan terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan yang telah dikenakan mulai 1 Januari 2010 akan dihapuskan.



"Bermula 1 April, cukai perkhidmatan ini akan dimansuhkan mengikut Akta GST," katanya dalam satu kenyataan.



Chuah juga menyatakan dengan jelas bahawa GST tidak akan dikenakan ke atas caj bayaran lewat dan caj kewangan.






"Caj bayaran lewat merujuk kepada caj apabila pemegang kad gagal membayar sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum tarikh tamat tempoh," katanya.



Katanya, caj kewangan, adalah caj yang dikenakan ke atas pemegang kad terhadap baki yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh.



Chuah juga menolak cakap-cakap bahawa pemegang kad perlu membayar GST setiap kali kad mereka digunakan.



"GST tidak dikenakan apabila kad kredit digunakan untuk membuat pembayaran.



"Sebagai contoh, jika anda makan di restoran yang berdaftar untuk GST dan bil anda adalah RM50, anda akan dikenakan cukai enam peratus GST ke atas jumlah bil. Jadi jumlah yang anda perlu bayar akan menjadi RM53 (iaitu RM50 + 6 peratus)."



"Jika anda memilih untuk membayar bil menggunakan kad kredit/ debit, anda tidak akan dikenakan lagi cukai enam peratus pada jumlah RM53," katanya.



Pengarah Jabatan Kastam GST Datuk Subromaniam Tholasy berkata pemansuhan cukai perkhidmatan RM50 akan memberi manfaat kepada pemegang kad kerana mereka kini hanya perlu membayar enam peratus dari bayaran tahunan.



"Sebagai contoh, jika yuran tahunan bagi pemegang kad platinum adalah RM500, maka pemegang kad akan hanya perlu membayar RM530 (RM500 + RM30, yang merupakan cukai enam peratus)."



"RM30 adalah jelas jumlah yang lebih kecil yang perlu dibayar oleh pemegang kad berbanding cukai perkhidmatan RM50," katanya.





- GST: Cukai Perkhidmatan Kad Kredit Digugurkan

SHARING GOOD

0 Comment to "GST: Cukai Perkhidmatan Kad Kredit Digugurkan"

Post a Comment