Hak Lee
MENGIKUT jejak Kim Jin Sung yang terkenal menerusi drama online Autumn Di Hatiku, seorang lagi pendatang baharu dari Korea Selatan, Hyun Hak Lee mahu mencuba nasib di Malaysia.
Mencipta tuah tersendiri menerusi drama Everyone Cha Cha. Hak Lee teruja untuk terus menerokai industri seni di negara ini.
Merupakan rakan rapat kepada pelakon dan penyanyi Ajieb Rosdi, artis tempatan yang mencipta nama di negaranya, Hak Lee mengakui dia tidak begitu mengenali Malaysia sehinggalah menjejakkan kaki ke sini hujung tahun lalu.
Semakin selesa menetap di sini, Hak Lee begitu mengagumi negara ini dan menyifatkan rakyat Malaysia sangat peramah dan baik hati. Malah dia juga amat menyukai makanan tempatan seperti nasi goreng, sate dan nasi lemak.
Perkara menarik sepanjang berada di sini, dia akui agak terkejut dengan Gelombang Hallyu atau budaya K-Pop yang begitu terkenal dan popular di Malaysia.
Jejaka tinggi lampai kini sedang menunggu filem Hollywood baharunya bakal siap pada tahun ini dan diarahkan oleh pengarah filem francais The Matrix, adik-beradik Wachowskis.
Dia pernah berhenti dari bidang lakonan selama dua tahun kerana mempunyai masalah gigi dan mengambil keputusan untuk berehat.
- Hak Lee intai peluang di Malaysia
0 Comment to "Hak Lee intai peluang di Malaysia"
Post a Comment